REFLEKSI
REFLEKSI
SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Tajuk
: NUTRISI
1.
Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk
tersebut.
•
Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik
dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran.
Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para
pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi
P&P.
•
Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
•
Guru tidak menggunakan bahasa badan yang berkesan untuk menarik minat pelajar
dalam memberi tumpuan semasa guru
mengajar.
·
Penggunaan perkataan ok
terlalu kerap menjadikan pelajar bosan.
·
Tiada unsur motivasi semasa
pengajaran guru menyebabkan pelajar tidak bersemangat untuk belajar.
•
Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan
mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut.
2.
Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
•
Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan.
Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian
agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu
hikmah dalam kehidupan mereka.
•
Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara
menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan
kecil, mereka dikehendaki berbincang mengenai jenis- jenis nutrisi. Pada akhir
sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan
kelas.
•
Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih
teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan
dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih
dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran
dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang
telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik nutrisi dengan topik yang telah
dipelajari.
•
Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini
dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas
yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
•
Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak
menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif
pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan
soal jawab dengan para pelajar mengenai topik nutrisi.
•
Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana
keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi
penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan
dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.
No comments:
Post a Comment